Assalamualaikum,
Jumaat lepas fakulti kami telah dikejutkan dengan fire drill pada pukul 3 petang camtuh. Aku dan beberapa rakan-rakan AJK yang terlibat tidak terkejut bahkan kami antara orang yang tahu tentang kejutan tersebut. Sebabnya aku secara langsung telah dilantik sebagai Pegawai Insiden yang bertanggungjawab dalam keseluruhan aktiviti bagi setiap zon yang terlibat.
Pegawai Insiden bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Penolong Ketua Insiden bahawa seluruh zon telah dikosongkan dan tiada orang yang masih berada dalam bangunan atau terperangkap (kalau kejadian sebenar berlaku). Semua ini perlu dilakukan dengan pantas iaitu dalam tempoh 4 minit.
And we have made it!! yay!!
Semua gambar dalam ni diambil sepenuhnya oleh Dekan kami. Dekan kami nih memang seorang yang sangat sporting. Best!!
*
*
*
*
*
*
Semasa proses pengungsian bangunan dan menyelamatkan diri masing-masing
serious discussion
wajah-wajah ceria staf FK walaupun terpaksa berhujan
sebilangan pelajar yang telah dikejutkan semasa sedang kuliah
Laporan daripada pegawai bomba yang dijemput khas
majlis ringkas penyerahan token sebagai tanda penghargaan kepada pegawai bomba yang terlibat
Secara keseluruhan pencapaian AJK-AJK fire drill amat memuaskan berdasarkan kepada laporan daripada pegawai bomba yang dijemput untuk menyaksikan fire drill tersebut. Dan tugas kami tidak berhenti di situ sahaja. Kami dimaklumkan lantikan kami bukan semata-mata untuk fire drill ini sahaja tetapi AJK tetap sekiranya kejadian sebenar terjadi.
p/s: mintak dijauhkan lah hal-hal kebakaran ni sebab mungkin aku orang pertama yang akan menyelamatkan diri sendiri dulu.. hahahaha.. Just kidding!!
















10 comments:
Tahniahhh!! Teringat kamek masa kat kampus lama ya, masa ya kmk di FSS, cun juak kmk sick leave. Yalah shila cita ngan kmk, sidak nya arum bulak dah mati rentung, hahaha... Cayak ktk, lecturer di suruh kuar, nya boleh madah, klak lok, x sporting alu.. hahahah...
hahaha..nasib mek xda sia gik..hehe
yahhh! best hahah.. mesti lawak time ya.. ada jak org slow2 kuar..
nwys coba jak bj butang lak.. jd korset ahhaha..
mekom.ktk keja di unimas ka?fakulti kejuruteraan ka?heheh..sepupu kmk da sia.
munna: mun sidak ya dah tauk awal iboh haraplah daknya nak turun. kamek org AJK jak tauk. sidak lain semua terpinga-pinga disuruh keluar. hahahaha. tapi nang best lah.
wawa: mun sik, kitak lok ditarit mek kuar dolok.. hahaha
eva: nang best eva. new experience. lak mek coba stail ya.
asha: wasalam. sapa nama sepupu kitak ya tek?
sepupu kmk lelaki.mohamad sapian kassim.kmk ex unimas 2009.hehe..
asha: oo pian. kenal mek. sama fakulti. duhal kitak tek ex unimas. ;)
hahhaa..kmk masuk 2006 pasya kmk grade 2009.da kmk g unimas masa sukmab ri ya.byk juak kaum kerabat kmk sia.abg yan, kak ina, ktk kenal sik khaimi dan and ismail dan?hehe..uncle kmk ya.belum gik nak bala2 kmk.hohoho..byk do jak.hik3
hahaha.....kitak kiut gilak eis..kompom mek akan ikut ikat..let imagin..if saya da sia..mesti kita huhahuha2 ow..hehe
asha: kenal mek ngan ismail dan ya.. hehe.. duhal kecik jak dunia nak oooo.. kitak bila nak join unimas tek?
wawa: apply jd tutor sitok gak. pat huhahuha.. kiut ndah. dah mak orang oiiii.. :D
Post a Comment