Assalamualaikum,
Sejak akhir-akhir ini terutama sekali masuk bulan Disember ini aku rasa sangat tertekan. Bukan kerana masalah keluarga tetapi tekanan kerja di pejabat. Sangat memenatkan otak dan fikiran aku. Bukan kerana ada persengketaan atau yang melibatkan dengan perasaan yang tidak menyenangkan dengan rakan sepejabat. Bukan.Tetapi bebanan kerja yang aku rasa semakin hari semakin membebankan sehinggakan aku sendiri tidak menang tangan. Ditambah pula dengan menjalankan kerja hakiki orang atasan. Untung kan? Itu sudah menjadi perkara biasa bagi pekerja bawahan seperti aku.
Hampir setiap hari balik kerja lewat. Kalau tidak balik jam 6.30 atau jam 7.00 malam memang tidak sah. Mujur suami tidak tinggal bersama (berjauhan) dan mujur juga suami memahami bebanan kerja yang ditanggung isterinya. Tapi sampai bila?? Bagaimana pula dengan si kecil yang baru setahun jagung yang tidak tahu kemana pergi ibunya. Hanya dapat tengok muka ibunya pada malam hari sahaja. Siangnya dia masih tido tidak tahu ibunya sudah turun kerja. Begitulah rutin harian aku sekarang. Hanya hujung minggu diguna sebaik mungkin untuk bersama si kecil.
Bosan rasanya hidup bermandikan kerja sahaja.
Nasib baik rakan sepejabat semuanya sama sekepala. Tidaklah stress sangat. Kalau tidak mahu sahaja rasanya berhenti kerja. Tinggal bersama suami lebih baik. Dapat berdampingan selalu. Masak untuk nya, sediakan semua keperluannya. Tapi apakan daya, hidup semua perlu duit. Tidak ku mahu membebankan suami untuk menyara hidupku. Sebaliknya aku sepatutnya membantu dia.
Bila stress suamilah tempat mengadu semua masalah. Semua suka duka ku kongsikan.
Terima kasih abang. Sayang kitak.










1 comments:
faham mek perasaan ktk... kmk sama juak, balit keja kol 7pm ya nang biasalah, maklum la keja swasta. kmk agik la stress bila bos x paham keadaan kmk tengah pregnant di tepuk ngan keja. dengan politik gik di ofis, campur tangan gik, sampey kmk susah nak polah keputusan bab2 keja.
nangga la lekak beranak lak, lebih gik nak kuang kuit ngantar bihah ke tadika, ngantar baby ke rumah mak gik. husband mek pun dah sound2 soh mek quit. ntahlah...
susah juak bekerja ngan org x paham keadaan kita & yg sakitnya org nak x paham ya rempuan juak, maybe nya lum kahwin ya nya sik merasa. alu pjg komen mek.. hehe..
Post a Comment