Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 9

Tutuplah Aurat Dengan Sempurna


Assalamualaikum,


Untuk kesedaran kita bersama sebagai hamba-NYA. Bersamalah kita menuju ke jalan yang diredhaiNYA. Insyallah.


Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini? Jawabnya seperti berikut:-


KESALAHAN KE-1 : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KE-2 : Bertudung tetapi ber'T-shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KE-3 : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KE-4 : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

KESALAHAN KE-5 : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KE-6 : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KE-7 : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KE-8 : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.



* * * * * * * *


Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT. Ertinya: