Assalamualaikum,
Pagi ni tadi tak buat apa-apa sebab cuti nak spend time dengan anak. plus pulak demam flu and batuk. tiba-tiba mata ni terlihat kat suratkhabar semalam Mingguan Sarawak. Terkejut tengok headline "Sumbangan Tra Diingati". Terdiam seketika dibuatnya.
Mendiang Tra telah meninggal dunia pada hari Sabtu 23 Julai 2011 kira-kira 9.30 malam di HUS. Mendiang Tra merupakan nenek kepada dua kawan blogger iaitu Eva dan Sara. Aku tumpang sedih buat kedua-duanya atas pemergian nenek kesayangan. Takziah diucapkan buat mereka sekeluarga.
Rasa-rasanya baru minggu lepas or 2 minggu lepas terbaca tentang perasmian buku biografi mendiang yang dihasilkan oleh salah seorang pensyarah di UNIMAS yang bertajuk "Tra Zehnder: Iban Woman Patriot of Sarawak". Buku biografi tersebut mengisahkan bagaimana mendiang memperjuangkan nasib dan hak wanita Iban di Sarawak.
Kisah berkenaan perasmian tersebut ada dalam blog Eva kat sini
http://titiknoktah85.blogspot.com/2011/07/tra-zehnder-iban-woman-patriot-of.html
dan juga blog Sara kat sini
http://sarahabdurlahimzehnder.blogspot.com/2011/07/tra-zehnder-iban-woman-patriot-of.html

Takziah sekali lagi.