Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 5

Lagi info banjir - kali ini 2 orang awam telah terjatuh dalam parit





Assalamualaikum,




Sekarang dalam keadaan berjaga-jaga. Semua maklumat daripada rakan-rakan FB dibaca mengenai banjir kali ini. Baru tadi dikhabarkan 2 orang awam telah terjatuh dalam parit besar dan dihanyutkan arus deras di jalan batu lintang. Seorang daripadanya adalah pelajar sekolah. Kesiannya. sobsobsob.. Kini usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan mangsa.





sumber dari thestar.com



klik gambar untuk view lebih jelas




dan gambar kat bawah ni pun diambil di tempat sama, jalan batu lintang. Nampak tak 2 kereta putih tu dah ditenggelamkan air. Alahai kesiannya. Rosaklah jawabnya kereta tuh.



mujur ada rescuer datang membantu





menurut sumber kawasan ini dipercayai tempat mangsa terjatuh dan dihanyutkan



Semoga mangsa ditemui dengan cepat.






Hari Ini Dalam Sejarah aku tak turun keja sebab jalan banjir! This is my 1st time.





Assalamualaikum,



HARI INI DALAM SEJARAH
05-01-2012


For the 1st time in my life, baru hari ini aku merasa tak turun kerja gara-gara banjir akibat dari hujan lebat yang tak henti-henti dari malam tadi. Why? Sebab area perumahan kami nih memang tak pernah banjir sebab dalam kawasan bebas banjir. Sepanjang jalan besar batu kawa ditenggelami air macam laut aku tengok. Subhanallah kekuasaan Allah swt memang tak terduga olehnya.






sumber dari http://thestar.com.my




Akibat dari kenaikan paras air ni, hampir kesemua jalan-jalan utama mengalami kesesakan yang teruk sekali. sehinggalah sekarang. Aku dinasihatkan oleh bapa untuk tidak turun kerja dulu. Kalau turun pun, merasa lah berjam-jam kat jalan buat apa. Kalau air tiba-tiba naik kau nak kata apa. Bukan dapat lari pun. Dengar camtu terus fobia! hahahaha takuttttttttt!



Cepat ke lambat aku kena turun opis jugak hari ini sebab banyak kerja nak kena settlekan. Nak print paper exam yang masih belum done lagi. Dah lah banyak. Aiyoooo.. Nampak gaya buat sementara waktu aku kena buat kerja kat rumah dulu. Mintak-mintak lah keadaan jalan tak terok lagi lepas nih.



Ya Allah permudahkan lah urusan ku hari ini. Amin.




bye



Rasa macam dah tak sabar nak timang anak lagi.. hiksss ^_-




Assalamualaikum,



Semuanya gara-gara berpunca dari tahun ini 2012 lah, tahun naga.. Banyak dah orang mula bercakap-cakap tentang nak lahirkan anak tahun naga. Dan juga cita-cita my mummy dan mak mertua nak timang cucu lagi. hehehe.. Buat aku rasa macam tak sabar pun ada sebab orang dah bagi semangat kan. hahaha. *O* Sebab budak kecik nih comel sangat-sangat. Geram nak cium bau baby yang sangatlah wangi. Bau yang paling sedap di dunia! Bila tengok balik gambar-gambar Ejul still baby rasa geram nak tambah lagi.. kalau boleh nak baby girl lah kali ni.. Insyallah jika diizinkan Allah swt. Amin. Mr. Hubby pun setuju nak baby lagi Yay!!! *winks**winks*



Nah, ada sedikit komen kat FB nak dikongsikan bersama.




My sis in law request nak anak sedara lagi! hahahaha.. siap berplease please bagai. Lucu nah adik aku sorang nih.. Dia nih memang kalau tak buat lawak memang tak sah. ^_-






Sporting tak sporting mak mertua aku kan. Mak kata Mr. Hubby akan pulang 2 minggu lagi dari sekarang, mesti 'jadi' punyer dia kata.. hahahaha.. Sebab mak tahu sekarang aku tengah menses. ^_-



Last sekali tuh yang tak boleh tahan. My sis in law insist (sebut sekali lagi insist) nak anak sedara tahun naga jugak.. Dia nak ada geng sama tahun naga. Baru lah kamceng! :)



Kalau dikira-kira memang singkat sangat masa nak rancang dapat baby baru sekarang. Sebab aku tak tahu tahap kesuburan aku, samada cepat atau lambat. Doakan aku mintak-mintak menjadi hasrat mummy, mak mertua dan mr hubby tahun ni nak baby baru.. ^___^



Kita hanya mampu merancang tetapi Allah swt yang akan menentukan.





bye


Sunday, January 1

Selamat Tahun Baru 2012



Assalamualaikum,


01.01.2012


Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua bloggers yang dikenali dan yang mengenali mrsdaydeck. Masa berlalu dengan cepat sekali dan tahun ini umur aku bakal menginjak ke 29 tahun. Satu tahun lagi nak masuk 3 series. Aku suka!! hehehe..


Apa azam baru tahun ini???


Nak tambah anak lagi! Insyallah sekiranya diizinkan Allah swt. Mak mertua dah hint tanya kat mr. hubby ada plan nak tambah anak lagik tak this year. Mula-mula dengar rasa cam tak percaya mak tanya soalan tu. Sebab kalau boleh mak nak Ejul besar sikit baru boleh tambah sorang lagi. Kesian tengok Ejul masih kecik lagi dah ada adik.


Lepas hubby explain baru faham. Mak nak cucu baru lahir tahun Naga! Wow! Hahaha.. So doakan aku agar semuanya dapat dicapai ek. *winkss*


FYI, dua-dua belah family aku dan mertua masing-masing ada tahun Naga. Sebelah aku is my brother. Seorang yang boleh kira agak bad tempered jugak lah. Tapi kalau dengan kakak dia nih mana boleh bad tempered sebab teruk padahnya nanti.. hahahaha ganas nampak.


Sebelah mertua pulak adik perempuan mr hubby. Dia nih masa kecik-kecik mak mertua selalu cerita yang dia nih suka buli anak lelaki kakak sulung yang sama umur dengan dia pulak tuh. Boleh tahan garang jugak budak perempuan nih.. Hehe (hai neng!!)


Azam lain??


Hmmm. Belum decide lagi lah. My bad. :(




(ejul dah bangun tido paksa offline dulu yer. Cerita tergantung lah pulak. huhu)

Tuesday, December 13

Aku Stress!!! *sigh*




Assalamualaikum,



Sejak akhir-akhir ini terutama sekali masuk bulan Disember ini aku rasa sangat tertekan. Bukan kerana masalah keluarga tetapi tekanan kerja di pejabat. Sangat memenatkan otak dan fikiran aku. Bukan kerana ada persengketaan atau yang melibatkan dengan perasaan yang tidak menyenangkan dengan rakan sepejabat. Bukan.Tetapi bebanan kerja yang aku rasa semakin hari semakin membebankan sehinggakan aku sendiri tidak menang tangan. Ditambah pula dengan menjalankan kerja hakiki orang atasan. Untung kan? Itu sudah menjadi perkara biasa bagi pekerja bawahan seperti aku.



Hampir setiap hari balik kerja lewat. Kalau tidak balik jam 6.30 atau jam 7.00 malam memang tidak sah. Mujur suami tidak tinggal bersama (berjauhan) dan mujur juga suami memahami bebanan kerja yang ditanggung isterinya. Tapi sampai bila?? Bagaimana pula dengan si kecil yang baru setahun jagung yang tidak tahu kemana pergi ibunya. Hanya dapat tengok muka ibunya pada malam hari sahaja. Siangnya dia masih tido tidak tahu ibunya sudah turun kerja. Begitulah rutin harian aku sekarang. Hanya hujung minggu diguna sebaik mungkin untuk bersama si kecil.



Bosan rasanya hidup bermandikan kerja sahaja. 



Nasib baik rakan sepejabat semuanya sama sekepala. Tidaklah stress sangat. Kalau tidak mahu sahaja rasanya berhenti kerja. Tinggal bersama suami lebih baik. Dapat berdampingan selalu. Masak untuk nya, sediakan semua keperluannya. Tapi apakan daya, hidup semua perlu duit. Tidak ku mahu membebankan suami untuk menyara hidupku. Sebaliknya aku sepatutnya membantu dia.



Bila stress suamilah tempat mengadu semua masalah. Semua suka duka ku kongsikan.



Terima kasih abang. Sayang kitak.





Friday, December 9

Mee Segera Jugak Yang Sedap Bila Perut Lapar




Assalamualaikum,



Hari ini sengaja letak gambar mee segera. Nak sedap lagi perah limau nipis dan tambah cili padi. Mesti terangkat.. hahahaha..






Actually malam tido lambat sebab tengok tv. Jam dah pukul 12 malam, perut pulak lapar. Terus masak mee maggi segera ayam.



Alhamdulillah kenyang. brrrrppp.. lepas makan terus tido!! hahaha..


^_-




Thursday, December 8

Someone Like You - Adele





Assalamualaikum,




Hari ni tak sempat nak buat auto published. Hanya sempat upload video dari youtube jer. Aku pasti semua orang dah tahu lagu Someone Like You yang dinyanyikan oleh Adele kan.



Bagi yang tengah stress boleh rilek kejap sambil dengar lagu Adele nih. Sure lepas tu korang akan rasa lega sikit. 





'Someone Like You'


I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,"
Yeah.

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."





Love you Adele ^_-