Assalamualaikum,
Wednesday, December 29
Nak promote blog kawan kat sini.. Jom add beliau..
Posted by mrs. daydeck at 1:46 PMWednesday, December 8
Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!
Posted by mrs. daydeck at 1:46 PM2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!
3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets".
4. Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog korangbeserta link nya.
5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni & maklumkan pada diorang yer.
6. Tinggalkan url link entry and ID follower korang di ruangan komen post ini.
7. Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer.
8. Tarikh tutup: 6 Januari 2011

Hadiah Kedua: Island Waters Body Mist + Telekung Travel
Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah oleh Mama & Ayah Kembar 3
Saya nak tag DYE, CHU, WAWA
Monday, December 6
Salam Maal Hijrah 1432H
Posted by mrs. daydeck at 5:09 PMAssalamualaikum,
Esok cuti umum yay!!! Saya nak mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam dan semoga tahun baru membawa seribu keberkatan dalam hidup kita. Mari kita sama-sama melakukan perubahan yang terbaik demi masa depan kita semua.
Selamat bercuti semua... :)
Wednesday, December 1
Anak mummy semakin membesar..
Posted by mrs. daydeck at 8:24 AMAssalamualaikum,
anak mummy baru jer 2 month 1 week arini.. Nak kongsi video anak mummy nih kat sini..
he is getting more n more handsome n cuter day by day.. i'm proud to have u my son.. love Ejul..
| Mandi dalam sinki.. hehe.. so cute.. |
Al-kisah sebelum kelahiran Abg Zulkarnain (Part 2)
Posted by mrs. daydeck at 8:20 AMAssalamualaikum,
21 September 2010 - Bersiap-siap nak pergi hospital. Segala barang baby dibawa sekali. Aku sampai pukul 9.30 pagi dan hanya dipanggil doktor pada pukul 10.30 sebab hari tuh banyak pulak orang nak bersalin. Kelam kabut aku tengok keadaan wad masa tuh dengan doktornya berlari sana sini sebab masa tuh banyak kes emergency masok, dengan bunyi baby baru lahir lagi. subhanallah sejuk hati mendengar tangisan baby tuh tau.
Setelah berbincang dengan doktor, akhirnya doktor telah menetapkan tarikh untuk aku caesar pada esok harinya 22 September 2010. Masa tuh jugak aku disuruh admit wad dengan perasaan berdebar-debar.. tapi tak sabar ada jugak nak tengok anak ku lahir.. hiksss
22 September 2010 - Aku dibawa ke bilik bedah jam lebih kurang 1 petang setelah air ketuban pecah. Aku diberikan suntikan epidural di tulang belakang (sedar separuh badan) supaya aku dpt menyaksikan sendiri kelahiran secara C-section.. Kesakitan tuh tak dapat rasa sebab dah injek kan tapi pergerakan semasa doktor mengeluarkan baby tuh dapat dirasai.. Semasa baby berjaya ditarik keluar pada 1.33 petang, tangisannya meriuhkan suasana dalam bilik bedah. Pembantu Dr cepat2 bawa baby masuk satu bilik maybe untuk mandikan baby..
Dan tak lama lepas tuh terdengar suara dari dalam bilik bagitau berat baby 3.91 kg.. Aku tergamam macam tak percaya anak ku seberat itu sedangkan baru 10 hari yang lepas Dr bagitau baby berat around 3 kg - 3.2 kg sahaja.. Terus aku terbayang macam mana agaknya kalau aku melahirkan secara normal dengan saiz tubuh aku yang kecil seberat 48kg semasa pregnant dan 35kg berat asal sebelumnya. Dapat imagine tak??? huhu..
Dr sempat tanya "Do you know that ur baby is boy or girl? Let see.." Aku nampak "bird" dia mmg sah baby boy.. Aku sempat gelak lagi.. hahaha.. Dr terus bagi aku cium anak ku. Ku tatap matanya, sangat2 cepet seperti mata bapanya dan dagu pulak berlipat-lipat 'double-chin'.. hehe.. Air mata terus berlinangan seperti tak percaya aku sudah bergelar seorang IBU.. Sungguh indah sekali anugerah Allah. Subhanallah..
Sunday, October 3
Al-kisah sebelum kelahiran Abg Zulkarnain (Part 1)
Posted by mrs. daydeck at 4:45 PMAssalamualaikum,
Setelah masuk minggu ke-40 iaitu genap 9 bulan aku masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk beranak lagi. Mulalah rungsing fikir benda yang bukan-bukan.. Tetapi teringat balik adik aku pun sama cam aku so aku tak risau sangat. Kalau diikutkan aku due pada 21 September 2010.
20 Sept 2010 - appointment klinik ibu dan anak aku pergi macam kebiasaannya ditemani adik aku sebab masa aku tu dah tak larat lagi nak drive.. Hubby pun dah balik bintulu bekerja sebab takde cuti lagi (suami ambik cuti awal ingatkan aku akan bersalin awal dari yang sepatutnya).. Masa kat klinik aku berharap sangat baby tak songsang lagi sebab masa tuh dah 3 kali baby songsang sehinggakan doktor di hospital umum sarawak dah setkan tarikh untuk caesarian pada 13 September.. tup tup tak jadi coz kedudukan baby normal balik.. Setelah masuk ke bilik pemeriksaan nurse pun periksa perut dan kedudukan baby.. hampa sekali lagi sebab baby kembali songsang dan kena refer doktor untuk scan masa tu jugak.. Lepas doktor scan memang sah baby songsang.. So doktor nasihatkan aku buat ECV (External Cephalic Version) untuk pusingkan kedudukan baby kepada kedudukan normal tapi aku tekad tak nak buat sebab pernah terbaca kat internet risiko tinggi sekiranya dilakukan bila kandungan dah mencecah 40 minggu.. Masa yang sesuai untuk ECV adalah pada minggu ke 36-38.
Memandangkan aku belum menunjukkan tanda-tanda bersalin, nurse bagi tempoh lagi 10 hari. kalau tak jugak bersalin kena admit hospital emergency.. setelah fikir panjang dan berbincang dengan suami dan kedua2 belah family akhirnya aku ambil keputusan untuk bersalin secara caesarian.
Keesokkan harinya...... (bersambung)
Monday, September 27
Aku dah jadi MUMMY... : )
Posted by mrs. daydeck at 1:52 PMAssalamualaikum,
Tanggal 22hb September 2010 lepas aku selamat melahirkan bayi lelaki comel yang diberi nama Abg Zulkarnain bin Abg Saiful Bakhtiar pada 1.33 petang.. Bayi sihat seberat 3.9 kg dilahirkan secara Caesarian sebab tak boleh deliver normal coz baby songsang..
Syukur ke hadrat illahi atas kurniaanNya.. Permata hati ku dan suami..
gambar lain akan diupload kemudian k.. bye...











.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

