Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 1

Al-kisah sebelum kelahiran Abg Zulkarnain (Part 2)

Assalamualaikum,

21 September 2010 - Bersiap-siap nak pergi hospital. Segala barang baby dibawa sekali. Aku sampai pukul 9.30 pagi dan hanya dipanggil doktor pada pukul 10.30 sebab hari tuh banyak pulak orang nak bersalin. Kelam kabut aku tengok keadaan wad masa tuh dengan doktornya berlari sana sini sebab masa tuh banyak kes emergency masok, dengan bunyi baby baru lahir lagi. subhanallah sejuk hati mendengar tangisan baby tuh tau.

Setelah berbincang dengan doktor, akhirnya doktor telah menetapkan tarikh untuk aku caesar pada esok harinya 22 September 2010. Masa tuh jugak aku disuruh admit wad dengan perasaan berdebar-debar.. tapi tak sabar ada jugak nak tengok anak ku lahir.. hiksss
 

22 September 2010 - Aku dibawa ke bilik bedah jam lebih kurang 1 petang setelah air ketuban pecah. Aku diberikan suntikan epidural di tulang belakang (sedar separuh badan) supaya aku dpt menyaksikan sendiri kelahiran secara C-section.. Kesakitan tuh tak dapat rasa sebab dah injek kan tapi pergerakan semasa doktor mengeluarkan baby tuh dapat dirasai.. Semasa baby berjaya ditarik keluar pada 1.33 petang, tangisannya meriuhkan suasana dalam bilik bedah. Pembantu Dr cepat2 bawa baby masuk satu bilik maybe untuk mandikan baby..

Dan tak lama lepas tuh terdengar suara dari dalam bilik bagitau berat baby 3.91 kg.. Aku tergamam macam tak percaya anak ku seberat itu sedangkan baru 10 hari yang lepas Dr bagitau baby berat around 3 kg - 3.2 kg sahaja.. Terus aku terbayang macam mana agaknya kalau aku melahirkan secara normal dengan saiz tubuh aku yang kecil seberat 48kg semasa pregnant dan 35kg berat asal sebelumnya. Dapat imagine tak??? huhu..

Dr sempat tanya "Do you know that ur baby is boy or girl? Let see.." Aku nampak "bird" dia mmg sah baby boy.. Aku sempat gelak lagi.. hahaha.. Dr terus bagi aku cium anak ku. Ku tatap matanya, sangat2 cepet seperti mata bapanya dan dagu pulak berlipat-lipat 'double-chin'.. hehe.. Air mata terus berlinangan seperti tak percaya aku sudah bergelar seorang IBU.. Sungguh indah sekali anugerah Allah. Subhanallah..

1 comments:

mummysyafie said...

alhamdulilah..dah selamat kitak.