Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 23


Assalamualaikum,


Terkejut dan terdiam seketika lepas baca blog Mira tentang perginya Norma. Wanita yang berjuang untuk meneruskan hidup akibat barah otak. Mengalir air mata ini seolah-olah kehilangan keluarga terdekat sedangkan kami tidak pernah mengenali satu sama lain.

Terima kasih kepada kak Moon kerana sudi berkongsi suka duka yang dialami keluarganya demi membantu Norma, adik iparnya. Kerana blog beliau lah aku tahu siapa Norma dan mengikuti perkembangan kesihatannya. Setahun lebih sudah berlalu akhirnya dia pergi menemui penciptanya.

Innalillahi wainnalilla hirrajiun. Takziah buat suami Norma dan keluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan ini..



Sedih :'(

1 comments:

e F a said...

Salam takziah... Allah lebih sayangkan dia.:)