Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 25

Dikejarkan ke Emergency T_T

Assalamualaikum,




source: google



Hari sabtu jam 2 pagi aku bangun dalam keadaan perut yang amat sakit sekali. Seperti memulas-mulas nak pecah. Tapi bila nak membuang tak nak pulak sampai termuntah-muntah jadinya.


Aku syak kena gastrik tapi tak pulak aku skip makan. Kebetulan masa tuh mak mertua dah bangun awal tengah kemas dapur. Lepas makan ubat gastrik trus sambung tido. Tetap tak dapat tido. Mengaduh tak habis-habis sebab terlampau sakit sangat. Tak pernah mengalami sakit yang teruk begitu.




source: google 


Last2 mak mertua call mak aku suruh bawak ke emergency. Boleh dia tengokkan ejul semasa aku takde. Akhirnya pukul 3 pagi sampai emergency terus jumpa doctor.


Jam 3.00 - 4.20 pagi - Masih di emergency. Kena cucuk tangan untuk masuk air drip. sakitttt.. T_T


Jam 4.20 - 6.30 pagi - Kena refer di Unit O&G (sakit puan). Selepas tunggu lebih sejam sampai tertido baru doktor datang. Selepas scan atas bawah, doktor beritahu hanya jumpa 1cm cyst dalam rahim tapi tidak mungkin menyebabkan kesakitan yang terok. (hmmm.. assumption can be wrong kan?) Doktor cakap dia akan refer kepada Unit Surgical untuk investigate masalah aku.


Jam 6.30 - 12 tghari - Masuk emergency balik. Doktor emergency pun dah pening selepas baca komen unit O&G. Kebetulan kat situ ada doktor bedah unit surgical terus suruh ambil X-ray dan sekali lagi tak jumpa apa2. hmmmm.. masa tuh perut masih sakit lagi.. Menggigil satu tubuh menahan sakit yang teramat. T_T


Jam 8.00 pagi jururawat pelatih datang nak ambil darah dan tak lama selepas tuh doktor wanita datang nak ambil darah lagi.. aku hairan sebab baru jer lepas ambil tadi dan tanyalah doktor kena ambil 2 kali ker? Ntah apa yang dia sebut aku pun tak tahu. tengah dia cucuk datang sorang nurse tanya doktor tuh kenapa ambil darah lagi sedangkan mereka dah ambil sebentar tadi. Selamba jer doktor cakap 'eh yer ke? aku tak tahu' cehhh! gara-gara tak tanya dengan nurse percuma jer aku kena cucuk. dua2 belah pulak tuh. Akhirnya jam 10 pagi aku diberi ubat tahan sakit dan ubat tido untuk kurangkan sakit sampai lah pukul 12 tengahari baru aku dibolehkan balik. Walaupun sakit perut masih terasa tapi kurang sikit daripada yang mula2. T_T


Sampai sekarang aku masih bingung memikirkan apa sebenarnya punca sakit perut.





p/s: semasa dalam emergency, hanya ejul jer bermain dalam fikiran. Bingung memikirkan apa yang sedang dia buat.


5 comments:

Kakmim said...

aih, discaj cmya jak? xkn xda follow up? better polah overall medical check up... kmk gik pelik... mst dh skt gilak ya mun x, xlah ktk mok juak ke gh semata2 skt biasa, or ktk ada apendix ka.. bahya mun pecah lak

kinek tok cmne ktk? dh ok lom?

mrs. daydeck said...

doktor dah check nya madah bukan appendix, gastrik pun bukan. nektok (isnin) pun masih rasa sik selesa perut mek. yalah tek atleast ada follow up nak oo. tok sik nya berik slip biru jak mun pande datang sakit gik. kelak sama juak treatment nya. hmmm. susah gh tok.

eva said...

yohhh.. bahya da jakkk ehh doc cya.. men skati x tyk.. xda cek rekod kah dah amik kah lom.. patut doc cek dolok bh bila nak cucok.. adoh2. yalah salu mcm2 kes koh.. aie ngerepak ndah mek hahaha.. tedah ktk eyh.. huhuhu arap ktk semboh mena2.. jaga kesihatan k

M.A.M.A said...

mun masih rasa sakit2, better ktk pegi agik or ktk g klinik luar jak dolok. mun cyst, biasanya time period berasa sakit.

d GH ya, mun masuk tgh2 malam, dinihari nang senagl dak doktor..

better ktk check agik...

Munna Ibrahim said...

Mun kmk sik baca blog ktk, sik mek tauk ktk sakit sampei terok gia mem. Nang lamak lah sik bertemu ngan ktk. Hope ktk dah ok dah. Udah follow up kat siney2 kah selain dari GH?