Kereta punya pasal
At last setelah penat mencari ahernya aku jumpa jugak kereta yang aku idamkan selama ni.. Aku jenis yang sukakan kereta lama.. entahlah kenapa maybe sebab terjebak dengan minat hubby kot sebab dari dia memang minat keta lama2x ni.. saya pun terpengaruh sama.. hehehe.. Thanks to him.. *_-
Nak tahu keta jenis apa??? Mungkin semua tahu keta Charade Aura G100 dan Toyota Corolla Ae111 AE100 SEG.. Kenapa tak situ ada 2 buah?? Ha part ni lah yang pening ckit.. Nak pilih antara 2, yang mana satu ea?? hmmmm...
Pencarian pertama aku sejak 5 bulan lepas adalah keta Charade Aura manufactured 1989.. Bagi yang terlepas entry pasal aura ni, sila klik SINI eaaa... Mulanya ingat senang nak cari, baru lah saya tahu betapa susahnya nak carik keta nih sekarang.. Kalau ada pun, suma dah ada owner.. Kalau nak cari kat kedai jual keta, kemungkinan jumpa keta nih mmg tipis ok.. Memang tarak.. Susah sangat2 nak jumpa tau.. hmmmm...
Cerita pasal keta yang satu lagi, corolla, muncul oleh hubby sekali lagi ler sebab dia minat jugak yang satu nih.. Haaa aku pun naik kompius dah, sampai aku tanya "Yang mana satu plak ni???" "Aura ker Corolla??" Pening kapla sudah.. Mulanya aku memang reject abis keta nih sebab aku memang nak kan aura tu jugak no matter what.. ceaa.. hahaha.. Eksen lebih kan.. Dah tu cam mana lak aku boleh tiba2 jatuh hati kat keta tuh??? hehehe of course lah aku google2 kat internet nak tengok cam mana rupa nya.. trus jatuh hati masa tuh jugak.. So dah decide masa tuh dan bagitahu kat hubby "Ok, macam ni jer lah, dua2 pun i nak tapi based on 1st come 1st first lah.." Hubby iya kan jer..
Dan misi pencarian kedua pun bermula...
Semalam bapa aku bagitahu yang dia dah jumpa aura.. Kepunyaan kawan dia sama keja. Dan bapa aku siap reserved lagi tak bagi dia jual kat sapa2 dulu.. Memang happy sesangat aku malam tadi.. Trus call hubby bagitahu the good news.. hehehhe..
Mungkin kah Aura menjadi pilihan ku???????
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Oh tidakkkkk!!!
belum tentu lagi lah uols.. Kenapa??? Boleh pulak dalam satu masa aku dah jumpa keta yang satu lagi tuh, Corolla Ae111 AE100 SEG.. Sumber dapat dari kawan. Memang bersungguh-sungguh dia nak cari keta nih, thank you banyak2 MON.. really appreciate it.. Mon memang banyak bantu aku dalam misi mencari keta idaman aku nih.. hehehehe... mungkin bukan keta idaman korang tapi kat aku sangat tak sabar tau nak ada salah satu dari keta tu..
Memandangkan kedua2 keta dah jumpa, cuma tinggal satu lagi perkara penting.. Kena hubby balik sini dan pegi check out those car then baru buat decision. Kena pastikan keta tu betol2 ok baru puas hati nak beli. Aku kalau part tengok2 kan keta ni memang tak leh harap.. Tak reti pasal keta la.. So serahkan pada yang expert jer lah. Senang cita kan.. hahahahahha...
So, stay tuned for the next news k... *_-












0 comments:
Post a Comment